Saturday, February 27, 2010

Nak Muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.



"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.


"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.


"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."


Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"


Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Tuesday, January 12, 2010

Kisah Tok Imam dan 3 Badigol

Lawak Ali, Budin dan Ciko bersama Tok Imam…hehe…
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn
niatnak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.



Tokimam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali
pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan” .



Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke
surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
“Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali& menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,
tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun
undur le ke belakang.


Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”
lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii…



Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dg
bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…” Tok imam pun terkedu
& terpana…

Harga Gula Akan Naik Lagi?

Tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.



Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memproleh persetujuan Kabinet.



Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.


“Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.


“Sebarang kenaikan kita perlu berbincang di peringkat Kabinet sebelum membuat sebarang kenaikan harga,” katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada Exco Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno mengenai subsidi kerajaan di sini hari ini.


Pada 1 Januari lalu, kerajaan menarik subsidi gula sebanyak 20 sen menjadikan harganya kini RM1.65 sekilogram di Semenanjung manakala di Malaysia Timur berharga RM1.75 sekilogram.


Menurut Ismail Sabri lagi, kenaikan 20 sen itu tidak memberi bebanan kerana mengikut kajian setiap isi rumah hanya menggunakan satu hingga dua kilo gula sahaja setiap bulan.



Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya menerima kenaikan ini sebagai peringatan dan langkah positif dalam menjaga kesihatan.


“Anggap sahaja kenaikan ini sebagai ‘hadiah’ daripada kerajaan untuk kita mengurangkan pengambilan gula dan menjaga kesihatan dengan lebih efektif,” ujarnya.


Beliau turut menyelar pihak-pihak yang menuduh tindakan kerajaan menaikkan harga gula kononnya mengugat usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyemarakkan konsep 1Malaysia.


“Jika saya nak naikkan harga gula pada bulan Februari pun orang akan kata saya membantutkan usaha 1Malaysia kerana ketika itu Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat cina,” ujarnya.


Mengulas mengenai kenaikan harga makanan dan minuman oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, beliau menyeru supaya pengguna menggunakan kuasa dan kebijaksanaan dalam berbelanja.


“Pengguna mesti bijak, jika ada peniaga naikkan harga, beralih kepada peniaga yang tidak mengambil kesempatan,” katanya lagi.


Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberitahu, pihaknya akan meneliti dengan lebih mendalam mengenai subsidi petrol kepada warganegara dan bukan warganegara yang berkuatkuasa pada 1 Mei depan.


“Tiada sebab kenapa kita perlu beri subsidi kepada bukan warganegara negara ini dan kita hanya akan beri pada yang benar-benar layak.


“Kita akan kaji perkara ini dengan lebih mendalam supaya tidak timbul masalah apabila dilaksanakan 1 Mei nanti,” katanya.


Beliau turut memberitahu beberapa pendekatan yang akan dibincang kemudian bakal digunakan mengenai persoalan orang awam berhubung kapisiti enjin dan kuasa kereta milik warganegara yang layak mendapat subsidi minyak.


“Jangan risau, kita akan cuba puaskan hati semua pihak, kita sedang berusaha supaya semua pihak mendapat win-win situation,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberitahu, ketiga-tiga sayap Umno itu berpendirian bahawa mereka menerima dengan hati terbuka mengenai isu penarikan subsidi tersebut.


“Kita menerima dengan hati yang terbuka mengenai isu subsidi gula dan petrol ini dan menerima baik penjelasan Datuk Ismail bahawa pengurangan subsidi gula tidak akan melibatkan kenaikan harga makanan dan minuman,” katanya yang ditemui selepas majlis berkenaan.


Beliau turut menyambut baik jaminan menteri itu bahawa Akta Kawalan Harga akan dipinda pada Mac ini pada sesi Parlimen akan datang supaya satu bahagian baru iaitu bahagian mencegah keuntungan luar biasa diperkenalkan.


“Buat masa ini kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan harga sedangkan barang tersebut tidak terdapat dalam senarai Akta Kawalan Harga oleh kerajaan,” katanya.


Beliau turut memberitahu bahawa ketiga-tiga sayap Umno mengambil serius terhadap isu subsidi minyak yang menjadi polemik orang ramai mengenai individu yang layak menerima subsidi tersebut.


“Ada yang mencadangkan mengikut kapisiti enjin kenderaan, kita memberi maklum balas bahawa kapisiti enjin tidak semestinya mencerminkan pendapatan mereka.


“Kita juga mengambil berat tentang pasaran gelap yang akan disalahgunakan oleh pihak tertentu. Jika mekanisme subsidi ini tidak dilakukan dengan betul, kami bimbang ia akan memberi peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menyeleweng,” katanya lagi. -Mstar



Satu Soalan: Menteri kata,"kenaikan 20 sen itu tidak memberi bebanan kerana mengikut kajian setiap isi rumah hanya menggunakan satu hingga dua kilo gula sahaja setiap bulan". Siapa yang buat kajian tu? Mungkin pihak yang buat kajian tu cuma mengkaji keluarga yang terdiri dari pasangan baru berkahwin.