Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Salam Aidilfitri dari team kelambu...

Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.


2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.


3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.


4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.


5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.


6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.


7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.


8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).


9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.


10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.


11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.


12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.


13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.


14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.


15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.


16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.


17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.


18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.


19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.


20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.


21. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.


22. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.


23. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.


24. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.


25. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.


26. Sentiasa lakukan ibadah bersama.


27. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.


28. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.


29. Urut belakang isteri sekali sekala.


30. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.


31. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.


32. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.


33. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.


34. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.


35. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.


36. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.


37. Lebihkan isteri daripada anak-anak.


38. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.


39. Seeloknya masuk tidur serentak.


40. Belai isteri sebelum pergi kerja.


41. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.


42. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.


43. Lakukan riadah bersama isteri.


44. Pergi berkelah sekali sekala.


45. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.



46. Jangan lupa malam ni malam jumaat!!!

Monday, September 14, 2009

Korang Ada Otak; Fikirlah Sendiri!!


Sebab itulah ada perkataan 'gila' dan 'bodoh'.

Sebab itulah ada peribahasa buat baik berpada-pada.



Bila hutan mereka terbakar, jerubu tersebar ke kota kita, maka kita pun menghantar bomba memadamkan. Mitosnya kerja pembakaran itu kerja syarikat kita juga.


Bila ada senimannya datang, kita pun menyambutnya bagai dewa. Saya teringat dalam satu program PENA di DBP beberapa tahun lalu, seorang penulis seberang 'mencipta-cipta' - konon dia dipaksa menanggalkan kerudungnya di kaunter imigresen kerana konon pegawai itu kurang percaya dengan passport 'diplomatnya'. Saya tidak percaya SPRM boleh baling orang ke luar tingkap seperti saya tidak percaya imigresen kita bertindak liar begitu. Ini bukan perbatasan Singapura. Bukan juga perbatasan Amerika-Mexico. Pengarang itu menuduh kita menciplak lagu 'Rasa Sayang Eh'. Dan termalu sendiri kemudiannya apabila ada musikologis mengatakan lagu itu memang bukan punyanya dia mahupun kita, datang dari Perancis entah abad ke berapa. Sedang saya dari Melaka sudah mendengar lagu itu dinyanyikan masyarakat Portugis di kampung Serani entah berapa generasi lamanya.


Ini ada segelintir manusia bodoh yang tidak tahu budaya itu boleh berjalan dan berkembang. Pengarang itu memberitahu kononnya ikutkan hati dia tak mahu datang, tetapi mengenangkan kononnya Malaysia ada budaya rendah dan tidak tahu mencipta maka dia datang untuk mengajarkan kepada kita tentang keaslian seni dan budaya. Dia sangka ini 700 tahun lampau, waktu itu tiada peta dia dan kita. Yang kalian, alahai apa sahaja produk seni dari sana tergila-gila. Tak pernah mencermin memikir entah apa bagusnya. Punya baiknya; sampaikan yang produk kita pun kalian cela-cela.


Baiknya kita amah 500 akan jadi 800 kalau tidak kena caranya. Baiknyalah kita alahai. Kita memang baik, ada gempa ada tsunami kitalah yang dahuluan berlari memberi bantuan. Baiknya kita menampung sekian ramai umat dari sana; dan mereka jadi tidak ada kerja di tempat kita, lalu merompak dan merogol, meragut dan menculik orang kita. Baiknya alahai! Waktu ada dakwaan dan khabar angin penjenayah dia meradak anak kecil kita dengan kayu dan timun; kita pun waras sahaja, tiada kita tahan orang dia di penjuru kota dan radak mereka semula dengan kayu atau besi panas sebagai balasan.


Dan gilanya mereka, gilanya mereka tarian pendet yang berkemban itu - kita pun malu nak mengaku itu tarian kita - dicuri. Waktu kita di Bali, kita ada menontonnya dalam satu acara pembukaan writers festival. Rasa malu pun ada. Mual pun ada. Tarian telanjang seperti itu kita pun tidak mahu mengaku milik kita. Sedangkan kesilapan itu dilakukanDiscovery Channel. Tetapi orang kita yang budiman di sana, mahu dijolok dengan buluh runcing. Sebab itu ada perkataan 'bodoh' dan 'gila'. Beri muka. Terlampau beri muka. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh untuk berbuat baik tak boleh juga.


Baiknya kita, kita sampai terlupa untuk buat baik berpada-pada.


Artikel dicurik dari http://tehranifaisal.blogspot.com/ (mintak ampun pak faisal)


Tarian ntahapahapa ntah tu pun nak gaduh, betul la takde otak mamat-mamat kat seberang tu. Korang siasat la dulu betul-betul bukan nak mengamuk je. Aku memang dari dulu tak berkenan imigran-imigran dari seberang ni. Kat Sabah ni pun belambak la sampai susah nak bezakan mana yang ori Sabah dengan Sabah Celup.. Korang pegi sana pantai timur Sabah lagik la penin kepala hotak. Haku pun tak paham... Dah la tu.. kang aku membebel tanpa henti pulak. Adios..

Sunday, September 13, 2009

Keluarga Haprak

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta
Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi
salam lalu masuk kerumah.
Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya
tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap
bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan
saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai
RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang,
dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak
anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah
berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."

Pengantin Kasut Ketat

Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam. Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya. Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan.


Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu. Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur.


Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, "Osshh! Ketatnya!". Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi.


Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut, sakit sikit je sayang". Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan dan ada juga yang pitam.



Kah kah kah... Apa punya bangang la, sampai pengsan lagi tu. Mesti ingat hantam belakang tu. Tu la Malaysia ni suka sangat hebohkan pasal main belakang, kan dah pengsan keluarga pengantin.

Lawak Pengantin Makan Oren

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL. Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kawin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang.


Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin. Namun depa berdua ni masih tinggal di rumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih takde 'privacy' langsung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kawin di situ. Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Memang tader 'privacy' langsunglah lebih-lebih lagi depa nih baru berkahwin.


Cuba korang semua bayangkan camana tuh.Memang masalah bosar betul. Nak cakap pun tak boleh kuat-kuat. Lepas tu nak gerak gerak pun tak boleh lasak sangat. Ya la, dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lebih-lebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak. Kalau nak buat projek pun depa berdua ni kena pastikan yang orang lain dah tido.


Dan sebagai langkah memudahkan, depa berdua ni terpaksa menggunakan bahasa isyarat tertentu. Bahasa isyaratnya ialah kamu mau makan oren Dan sutijah akan menjawab Mau. Sebagai couple yang baru berkaahwin, setiap malam depa mau 'makan oren'. Perkara ini berlanjutan sehingga berminggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini pada satu malam.


Jam sudah menunjukan pukul 12 tengah malam. Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni di rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran. Namun Parman tetap menggunakan bahasa isyarat. Kamu mau makan oren kata Parman kepada Sutijah?.


Belum sempat Sutijah menjawab mau tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin berkata : Makan oren boleh saja tapi airnya jangan meleleh ke bawah udah ya!

Unik dan Klasik

Kelambu.. Apa hal la pakai nama kelambu ni kan.. Nick Kelambu ni aku guna masa chat kat Jom Borak Digi, line sms free tu.


Ramai yang tanya kenapa aku guna nick kelambu, aku kata kelambu kan unik dan klasik. Betul ke unik dan klasik? Aku rasa betul la, sekarang ni dah jarang orang pakai kelambu.. Zaman mak bapak kita dulu, tiap-tiap rumah ada kelambu. Sekarang ni kalau kat bandar aku tak tau dari seratus rumah ada ke tak sebuah rumah yang gunakan kelambu. Dah jadi antik kelambu sekarang ni.


Bapak aku kat kampung pun tak pakai kelambu lagi.


Blog ni berkonsepkan santai, cakap apa saja. Aku nak cerita sosial, falsafah, sastera, seni, budaya, agama, semua la yang berkaitan dengan kehidupan. Kalau aku nak cerita politik kat sini pun ISA (Ikut Suka Aku) la kan. kalau korang tak suka korang tulis la kat blog korang sendiri.


Kat blog ni aku boleh merapu sesuka hati. Orang tak datang masuk blog ni pun aku tak kisah la. Macam Azwan Ali cakap la "ade aku kesahh?"


Korang nak baca, bacalah, nak kutuk pun boleh tapi aku balas bro.. ingat tunggul kayu ke nak kutuk-kutuk aku.

Ahh.. apa aku merapu ni. kat sini aku guna bahasa apa pun tak kisah, bahasa rojak ke, soto, gado-gado, murtabak, semua bahasa yang aku tau aku kasi hantam saja. Dah la tu..